Sunday, November 15, 2009

Kembara Gading 2009

Seiring dengan visi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading ; Ke Arah Pembangunan Generasi Yang Cemerlang Dan Gemilang, Unit Kokurikulum bersama PIBG serta Alumni SMKBG telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Kembara Gading ke Kedah , Darul Aman dan UUM 2009. Sesungguhnya, pihak SMKBG meletakkan harapan yang tinggi kepada pelajar-pelajar yang sihat serta cergas dari segi intelek dan jasmani bagi melahirkan pemimpin pelajar yang berketrampilan dalam apa jua bidang yang diceburi dan cemerlang dalam pelbagai aspek terutama dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual untuk membentuk pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mempunyai sahsiah yang tinggi.

1 comment:

  1. Wahhh...jauh perjalanan tu! Selamat menabur budi di sana nanti. Satu projek yang menarik.

    ReplyDelete